The Astaka

Halaman Utama

The Astaka video
Mainkan Video

LAMBANG SOFISTIKASI
BERMULA DI SINI

Contoh kehidupan mewah yang mengujakan. Menara kediaman tertinggi di Asia Tenggara yang menawarkan pemandangan bergemerlapan yang menakjubkan dari langit Johor Bahru dan Singapura. Koleksi terhad sebanyak 435 unit kediaman mewah. Kemegahan eksklusif yang berprestij dengan lif peribadi untuk setiap unit. Mengumumkan ketibaan anda di puncak kehidupan – di sini di The Astaka.

LOKASI YANG DIDAMBAKAN DI TITIK PERTEMUAN
SINGAPURA & MALAYSIA

Terletak di pusat bandar raya Johor Bahru, The Astaka menawarkan lokasi yang tiada tandingannya lebih kurang 800 meter dari CIQ (Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar, Johor Bahru ke Singapura), meletakkannya di kedudukan utama sebagai titik pertemuan antara Singapura dan Malaysia. The Astaka adalah kediaman pegangan bebas yang jarang didapati - aset trofi yang strategik untuk dimiliki bagi penghargaan nilai jangka masa panjang.

KEMUDAHAN BERDEKATAN :

  • 3 mins ke Stesen RTS Bukit Chagar
  • 5 minit ke Hospital Sultanah Aminah & Hospital KPJ Pakar Johor
  • 5 minit ke pusat membeli-belah utama: Johor Bahru City Square & Komtar JBCC
  • 7 minit ke Terminal Feri Antarabangsa JB
  • 10 minit ke Johor Golf & Country Club  (JGCC)
  • 20 minit ke Educity Iskandar
  • 30 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
  • 45 minit ke Lapangan Terbang Changi Singapura
  • 45 minit ke Orchard Singapura

ONE BUKIT SENYUM

Bukit Senyum merupakan hub perniagaan di Johor Bahru sejak berabad yang lalu. Kini, One Bukit Senyum adalah kediaman kepada pembangunan bercampur yang terdiri daripada The Astaka, ruang-ruang pejabat berstatus gred A, ruang-ruang kedai barangan berjenama mewah, hotel bertaraf 5 bintang, kondominium servis dan kediaman servis. Nilai Pembangunan Kasar (NPK) bagi keseluruhan perbandaran ini mencecah RM6 bilion.

DILENGKAPI CIRI-CIRI KESELAMATAN YANG TERBAIK

The Astaka – satu lokasi berprestij yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan perlindungan. Ia terjamin dan dilindungi sepenuhnya dari suasana hiruk pikuk bandar. Keseluruhan perjalanan ke kediaman dikawal selia dengan sistem keselamatan 4 peringkat yang meliputi dari rumah pengawal keselamatan, kawasan parkir kereta dan tangga, lif umum dan lif servis ke pintu masuk utama setiap unit kediaman.

Di sini anda dapat menginap di dalam ruang privasi yang tidak terganggu serta penuh eksklusif dengan ketenangan fikiran sepenuhnya yang membawa makna kehidupan berprestij.

  • Sistem kawalan rondaan pengawal 24/7
  • 338 unit CCTV yang dilengkapi dengan kamera pengesanan auto pergerakan  
  • Sistem kunci digital yang hanya boleh diakses menggunakan kad akses atau nombor pin
  • Video interkom yang dipasang pada setiap unit dan di lokasi strategik tertentu

FASILITI

FASILITI MERCU
KEHIDUPAN MEWAH

Daripada servis penjaga tetamu yang berdedikasi, ruang cerut eksklusif, ruang istirahat perniagaan, kolam renang infiniti yang mewah, bilik hiburan, hingga ke santapan di tingkat tinggi (‘sky dining’), konsep dapur terbuka dan taman berbumbung (‘rooftop garden’) di Aras 66, The Astaka gah berdiri dengan pelbagai kemudahan persendirian bertaraf 5 bintang bagi memenuhi gaya hidup mereka yang menggelarkan The Astaka sebagai kediaman. Kediaman yang dapat anda nikmati keistimewaan hidup di puncak segalanya.

REKA BENTUK IKONIK BAGI MEREKA YANG PAKAR DALAM MENILAI

Setiap kediaman di The Astaka merupakan satu ekspresi klasik dengan ciri-ciri istimewa serta dilengkapi perincian berkualiti tinggi. Pemandangan latar langit Johor Bahru dan Singapura yang mempesona turut menambahkan keindahan suasana.

Diinspirasikan oleh gaya kehidupan ala resort yang indah, The Astaka merealisasikan impian pengalaman memiliki kediaman mewah bertaraf dunia. Cita rasa mewah dengan ruang kediaman yang luas, kepingan lantai marmar dan kayu, kabinet gaya moden, perkakas dapur daripada jenama terkenal seperti Bosch, Hansgrohe dan Gaggenau, serta ketinggian siling sehingga 3.6 meter – semuanya dengan kesempurnaan yang terperinci – untuk membawa satu perubahan gaya hidup rekreasi khusus bagi mereka yang pakar dalam menilai.

360º WALKTROUGH

PELAN SUSUR ATUR

  • Pelan Lantai

Jenis A1

2,207 sq ft / 205 sq m
  • Bilik Tidur3
  • Bilik Tidur1
  • Bilik Mandi ( En Suite)4
  • Bilik Air Tetamu 1
  • Lif PeribadiYes

Jenis A2

2,217 sq ft / 206 sq m
  • Bilik Tidur3
  • Bilik Pembantu Rumah1
  • Bilik Mandi ( En Suite)4
  • Bilik Air Tetamu1
  • Lif PeribadiYes

Jenis B

2,659 sq ft / 247 sq m
  • Bilik Tidur4
  • Bilik Pembantu Rumah1
  • Bilik Mandi ( En Suite)5
  • Bilik Air Tetamu1
  • Lif PeribadiYes
  • Site Plan
  • Floor Plan

MENARA KEDIAMAN TERTINGGI DI ASIA TENGGARA

Satu kejayaan senibina tersergam indah yang berdiri pada ketinggian 1,000 kaki di atas paras laut. The Astaka yang direka oleh salah satu firma arkitek yang tersohor, merupakan sebuah pembangunan yang telah berjaya memenangi pelbagai anugerah. Senibina pertukangan yang teliti tanpa kompromi dan perincian yang sempurna. Diberi sentuhan moden yang menyerlahkan keanggunan keseluruhan pembangunan.

Kemuncak gaya hidup mewah anda berada di puncak tertinggi, dengan perincian reka bentuk dan kualiti ditempah khas yang diiktiraf oleh badan-badan terkenal di peringkat antarabangsa.

Green Building Index logoGOLD CERTIFIED
CONQUAS logoSCORED
> 80%

AWARDS :

Tanda Pencapaian Anda

PEGANGAN MILIKAN KEKAL

UNTUK DIJADIKAN MILIK ANDA SELAMA-LAMANYA

The-Astaka-Logo.png